Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
FAM dapat RM4 juta daripada Sultan Johor
Diterbitkan:  Aug 2, 2017 7:39 PM
Dikemaskini: 11:40 AM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan memberikan sumbangan bernilai RM4 juta kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin melalui kenyataan di Facebook rasmi badan induk bola sepak negara, sebentar tadi.

"Menjunjung kasih kepada Sultan Johor atas kurnia sumbangan RM4 juta kepada FAM

"Sumbangan ini adalah sebahagian pemberian bonus kepada pasukan kebangsaan Bawah-22 yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC 2018 di China," katanya.

FAM kini diterajui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengambil alih jawatan presiden sejak 25 Mac lalu.

Terdahulu, FAM menjanjikan ganjaran misteri kepada pemain skuad B-22 negara selepas melakar kejayaan di Thailand dalam aksi kelayakan peringkat kumpulan H, Kejuaraan B-23 AFC 2018.

Tambah Hamidin, sumbangan dana itu sekali gus dapat membantu FAM dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air secara keseluruhannya.

Lihat Komen
ADS