Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Skuad bola sepak negara berjaya mengharungi cabaran pertama saingan Kumpulan A Sukan SEA 2017 dengan kemenangan tipis 2-1 mengatasi Brunei.

Pada aksi di Stadium Shah Alam malam ini, anak buah Datuk Ong Kim Swee mempamerkan taring pada minit awal sebaik sepak mula perlawanan.

Bintang Muda JDT, Safawi Rasid, berjaya meletakkan skuad bawah 22 tahun (B-22) Malaysia di depan Brunei pada minit keeempat lagi.

Hasil hantaran lintang Matthew Davies, Safawi melepaskan rembatan deras dari posisi kanan kotak penalti Brunei dan gagal dihalang penjaga gol lawan, Haime Nyaring.

Dengan kedudukan 1-0 pasukan negara terus menguasai percaturan dan penguasaan bola walaupun tetap diberi tentangan sengit barisan pemain Brunei.

Pasukan lawan tampil mengejutkan penyokong tuan rumah pada minit ke-12 melalui jaringan penyerang mereka, Zulkhairi Razali.

Kelekaan benteng pertahanan Malaysia gagal sempurnakan perangkap off-side bijak dimanfaatkan pemain Brunei selepas menerima hantaran jauh rakan sepasukan.

Gol penyamaan Brunei itu sedikit sebanyak menyedarkan betapa pemain negara perlu lebih bekerja keras dan waspada.

Prestasi skuad negara diketuai Adib Zainuddin dilihat belum cukup memuaskan terutama dari aspek kawalan dalam serangan bola, hantaran dan penguasaan.

Anak buah Kim Swee masih kerap melakukan kesilapan mudah khsususnya melibatkan hantaran bola dari jentera tengah ke barisan serangan walaupun tidak dinafikan pasukan lawan memberi cabaran yang baik.

Bagaimanapun, pemain Malaysia sekurang-kurang lebih kerap menguji gawang gol lawan termasuk melalui percubaan Safawi hampir meledak gol kedua Malaysia di penghujung aksi 45 minit pertama.

Kembali dari bilik persalinan, skuad Harimau Muda kembali di depan melalui Adam Nor Azlin selepas menanduk masuk bola sepakan penjuru Safawi pada minit ke-60.

Kedudukan 2-1 memperlihatkan pasukan negara terus memburu tambahan gol dalam beberapa siri serangan, bagaimanapun aksi penyelamatan penjaga gol lawan menafikannya.

Wisel panjang ditiupkan mengadil dari India, T Nagvenkar mengakhir perlawanan dengan keputusan 2-1 sekali gus memberi tiga mata penuh untuk Malaysia.

Seterus, pasukan negara dijadualkan berdepan Singapura pada perlawanan kedua peringkat Kumpulan A pada Rabu ini.

Terdahulu, skuad dari Seberang Tambak itu tewas 2-0 kepada pasukan Myanmar dalam satu lagi perlawanan melibatkan Kumpulan A.
 

 

Lihat Komen
ADS