Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Farah Ann dapat emas acara senaman lantai
Diterbitkan:  Aug 23, 2017 2:16 PM
Dikemaskini: 7:51 AM

Gimnas negara, Farah Ann Abdul Hadi berjaya mempertahankan pingat emas acara senaman lantai pada Sukan SEA 2017 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

Farah berjaya mencuri tumpuan juri dengan mengutip 13.450 mata bagi mengatasi wakil Filipina, Kaitlin Cera Lianne yang meraih pingat perak dengan catatan 13.025 mata.

Tempat ketiga pula menjadi milik atlet Indonesia, Rifda Irfanaluthfi yang mengumpul 13.000 mata.

Kemenangan Farah itu menjadi koleksi kedua pingat emas berjaya diraihnya pada temasya dwitahunan kali ini selepas turut merangkul emas dalam acara gimnastik artistik berpasukan.
 

Lihat Komen
ADS