Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Hajat tak kesampaian Speedy Jantan
Diterbitkan:  Aug 23, 2017 9:48 PM
Dikemaskini: Aug 24, 2017 6:23 AM

Atlet pecut pilihan, Khairul Hafiz Jantan tidak menepati sasaran untuk meraih emas acara 200 meter Sukan SEA 2017 selepas menduduki tempat keempat, sebentar tadi.

Dengan catatan masa 21.28 saat, pemenang emas 100 meter itu juga diatasi rakan senegara Thevarr Gunasegaran yang meraih kedudukan ketiga.

Acara yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan atlet dari Filipina T Anthony Beram merangkul pingat emas dengan catatan 20.84s.

Pingat perak pula menjadi milik peserta Thailand, Jirapong Meenapra dengan rekod 21.22s mengatasi Thevarr dengan kepantasan 00.04s.

Dengan kemenangan pingat gangsa oleh Thevarr sekurang-kurangnya mengubat kekecewaan Malaysia disebalik prestasi Khairul Hafiz.

Sementara itu, keputusan bagi kategori lelaki itu sekali gus menggagalkan hasrat Khairul Hafiz untuk meraih pingat emas kedua peribadinya.

Pemilik gelaran The Speedy Jantan itu bagaimanapun masih mempunyai peluang untuk meraih emas kedua melalui acara 4x100m yang bakal berlangsung 25 Ogos nanti.

Semalam, anak kelahiran Melaka berusia 19 tahun itu memberi kebanggan kepada Malaysia selaku tuan rumah temasya sukan Asia Tenggara itu dengan merangkul pingat emas bagi acara 100m.


 

Lihat Komen
ADS