Wendy tuai emas pertama acara terjun
Diterbitkan: Aug 26, 2017 5:44 PM | Dikemas kini: Aug 26, 2017 5:49 PM
SUKAN SEA I Atlet terjun Malaysia Wendy Ng Yan Yee menyumbangkan pingat emas pertama untuk negara dalam acara terjun yang membuka tirai hari ini di Pusat Akuatik Nasional di Bukit Jalil.
Wendy nyata bukan tandingan penerjun lain untuk pingat emas kategori 3m papan anjal wanita dengan mengumpul 342.90 mata untuk menduduki carta teratas acara itu.
Rakan sepasukannya Nur Dhabitah Sabri meraih perak dengan mata keseluruhan 311.25 manakala gangsa milik penerjun Singapura Ashlee Tan Yi Xuan dengan 233.60 mata.
Wendy akan bergandingan dengan Nur Dhabitah dalam acara 3m papan anjal seirama pada Selasa (29 Ogos).
Penerjun Malaysia Cheong Jun Hoong ialah pemenang acara itu pada Sukan SEA Singapura 2015.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.