Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Sukan SEA: Malaysia kutip emas ke-100
Diterbitkan:  Aug 28, 2017 1:46 PM
Dikemaskini: 6:09 AM

Kontinjen Sukan SEA Malaysia baru sahaja mengutip pingat emas ke-100, dengan yang terbaru sumbangan daripada acara gimnastik berirama.

Ini diumumkan oleh Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin di Twitter tengah hari tadi sambil mengucapkan terima kasih kepada gimnas negara.

Pingat emas itu datang dari gimnas Amy Kwan menerusi acara riben dan ini adalah pingat emas keempat buat skuad gimrama hari ini.

Terdahulu rakannya, Koi Sei Yan menghadiahkan emas buat negara dalam acara gelung dan belantan manakala Izzah Amzan menang dalam acara bola.

Sasaran Malaysia untuk Sukan Sea ini adalah untuk memenangi 111 pingat emas. Sukan yang akan diadakan di Kuala Lumpur itu akan melabuhkan tirainya pada hari Rabu.

Ketika ini, Malaysia mengetuai pungutan pingat dengan sejumlah 231 medal, termasuk 68 perak dan 63 gangsa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS