Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Polis ketat keselamatan perlawanan Indonesia-Myanmar

Polis akan bertindak tegas terhadap penyokong yang cuba menimbulkan kekacauan pada perlawanan bola sepak lelaki antara Indonesia dan Myanmar esok bagi menentukan pemenang pingat gangsa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Ali Ahmad berkata polis akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di dalam dan luar Stadium Majlis Perbandaran Selayang, tempat perlawanan bakal berlangsung, jam 4.30 petang esok.

“Polis akan melakukan pemeriksaan badan secara rapi terhadap setiap penyokong di semua pintu masuk stadium. Semua penyokong dinasihatkan tidak membawa bahan larangan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Ali turut meminta peminat bola sepak merancang perjalanan mereka dan hadir awal ke stadium bagi mengelakkan kesesakan jalan raya dan di pintu masuk stadium yang boleh memuatkan seramai 12,000 penonton itu.

Kaunter penjualan tiket dibuka seawal pukul 11 pagi tadi dan tiket tidak dijual dalam talian, katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS