Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Indonesia dakwa Malaysia tipu dalam pertandingan silat
Diterbitkan:  Aug 29, 2017 11:23 AM
Dikemaskini: 3:28 AM

Selepas kontroversi bendera terbalik sebelum ini, Indonesia kini menuduh Malaysia menipu dalam pertandingan silat dalam Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Pesilat negara Taqiyuddin Hamid dan Rosli Mohd Sharif mendapat emas dalam kategori seni ganda lelaki tetapi pengurus pasukan Indonesia Edhy Prabowo mendakwa mereka diberikan mata yang terlalu tinggi.

“Tidak pernah dalam sejarah seni ganda lelaki pesertanya diberikan mata sebanyak itu,” kata Prabowo, lapor AFP yang memetik portal berita Indonesia Detiksport.

Pesilat Indonesia Yolla Primadona Jumpil and Hendy sebagai juara bertahan mendapat tempat kedua dengan 554 mata di belakang Malaysia yang memperoleh 582 mata.

“Tidak pernah berlaku hakim berikan 582 dalam kategori ini. Bukan kata 582, nak dapat 570 pun sangat susah,” kata Probowo.

AFP melaporkan ketika laporan itu ditulis usaha mendapat penjelasan penganjur masih belum berhasil.

Malaysiakini juga sedang cuba mendapatkan reaksi daripada penganjur.

Bendera Indonesia sebelum ini dicetak terbalik dalam buku rasmi pertandingan sehingga menimbulkan kemarahan pemimpin dan rakyat negara itu.

Menteri Beliau dan Sukan Khairy Jamaluddin kemudian memohon maaf secara terbuka dalam sidang media bersama pemimpin Indonesia.

Lihat Komen
ADS