Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Bekas kapten England tukar kerjaya jadi petinju
Diterbitkan:  Sep 19, 2017 12:24 PM
â‹…
Dikemaskini: 4:49 AM

Selepas eranya beraksi di atas padang berakhir, kini bekas ketua pasukan Manchester United dan England bakal menjadi perhatian sekali lagi.

Kali ini di dalam gelanggang yang jauh lebih kecil, namun menjanjikan aksi ganas yang jauh lebih keras.

Difahamkan pengumuman Rio Ferdinand menyertai sukan tinju akan diadakan pada hari ini.

Laporan The Telegraph menyebut jika ia memang menjadi kenyataan Ferdinand akan mengikuti jejak langkah beberapa atlet lain yang memilih gelanggang tinju sebagai kerjaya.

Sebelum ini bekas penyerang kelab Sheffield United, Curtis Woodhouse, berjaya menyinar di gelanggang tinju untuk kategori light-welterweight di Britain.

Bayang-bayang perubahan itu memang sudah ada ditunjukkan Ferdinand sejak awal tahun ini. Misalnya dia memuat naik gambarnya berlatih dengan bekas pemain ragbi sambil menyeru beberapa nama petinju tempatan.

Bagaimanapun sebelum boleh mula bertarung secara sah Ferdinand, 38, perlu mendapatkan lesen sebagai petinju profesional.

 

 

Dodging Rain Drops.... Reaction Drill... Keep Moving!! 💧🎾 @chrisvarnavas

A post shared by Rio Ferdinand (@rioferdy5) on

 

Pada masa sama Ferdinand menjelaskan dia perlu menyibukkan diri sebagai salah satu cara melupakan kesedihan akibat kematian isterinya.

Rebecca Ellison, 34, meninggal dunia akibat barah pada 2015, iaitu pada tahun sama Ferdinand mengumumkan persaraannya daripada bola sepak.

Dalam temu bual dengan majalah Men’s Health, Ferdinand berkata, latihan kecergasan yang ketat membantu dia "membebaskan fikiran" daripada masalah lain.

"Tanpa gimnasiu, saya tak tahu di mana saya akan menghabiskan masa dan memberikan tumpuan kepada sesuatu selain apa yang berlaku dalam hidup saya," katanya.

Selepas kematian Rebecca, Ferdinand mengambil sikap berdiam diri dan enggan berdepan dengan media yang berminat mengetahui bagaimana dia melalui detik sedih itu.

Hanya selepas setahun berdiam diri barulah dia bersikap lebih terbuka dan sedia membincangkan mengenai hidupnya bersama tiga anak hasil hubungannya dengan Rebecca.

Tiga anak mereka ialah Lorenz, 11; Tate, 9, dan Tia, 6.

Lihat Komen
ADS