Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
China hancurkan harapan Malaysia
Diterbitkan:  Oct 15, 2017 9:06 AM
Dikemaskini: 1:10 AM

Impian Malaysia untuk membalas dendam di atas kekalahan kepada pasukan China dalam perlawanan final Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia, di Yogyakarta, Indonesia tidak kesampaian apabila ditewaskan juara bertahan, China 3-1.

Kemenangan China pada kali ini menyaksikan Negara Tembok Besar itu mencatatkan kejuaraan ke-12nya dalam kejohanan tahunan yang lebih dikenali sebagai Piala Suhandinata, meneruskan kecemerlangannya 11 kali sejak penganjuran sulung kejohanan pada 2000.

Malaysia yang tewas 0-3 kepada China dalam final tahun lepas, kali ini mendahului selepas Man Wei Chong/Pearly Tan Koong Le menewaskan pasangan China, Fan Qiuyue/Li Wenmei, 21-12, 9-21 dan 21-17 dalam perlawanan beregu campuran, menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.com.

China menyamakan kedudukan selepas pemain perseorangan lelakinya Gao Zhengze menundukkan Leong Jun Hao, 21-14 dan 21-18.

Skuad remaja China mendapat mata kedua mereka menerusi Fan Qiuyue/Wang Chang yang mengalahkan Chang Yee Jun/Ng Eng Cheong, 21-19 dan 21-17 dalam perlawanan beregu lelaki sebelum Han Yue memastikan kemenangan untuk China selepas berhempas pulas untuk menundukkan Goh Jin Wei 21-16, 20-22 dan 21-8 dalam pertarungan sengit perseorangan wanita.

Acara perseorangan di dalam semua lima acara individu – perseorangan dan beregu lelaki, beregu lelaki dan wanita ,juga beregu campuran akan bermula Isnin ini.

Cabaran Malaysia di kejohanan lain, Kejohanan Emas Grand Prix Terbuka Belanda tidak ke mana apabila wakil negara yang tinggal Lim Yin Loo/Yap Cheng Wen kalah mengejut kepada gandingan tidak terkenal dari Indonesia dalam perlawanan separuh akhir beregu wanita.

Yin Loo/Cheng Wen tewas kepada Della Destiara Haris/Rizki Amelia Pradipta, 8-21 dan 21-23.

-Bernama

Lihat Komen
ADS