Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Jangan cakap punde*, pesan TMJ pada Safiq
Diterbitkan:  Nov 6, 2017 2:45 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

Berikutan ucapan "punde*" yang dikeluarkan kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safiq Rahim ketika meraikan kemenangan pasukannya dalam Piala Malaysia 2018 Sabtu lalu, dia telah menerima pelbagai kecaman.

Ramai yang merasakan ucapan yang ditujukan kepada 'pembenci-pembenci JDT' itu keterlaluan dan tidak seharusnya keluar daripada mulut seorang pemain profesional dan kebangsaan.

Ketika acara sambutan kemenangan itu di Dataran Bandaraya Johor Bharu semalam, pemilik JDT Tunku Ismail Sultan Ibrahim turut mengingatkan Safiq agar tidak lagi mengulangi kata-kata itu.

Pesanan itu disampaikan sebaik sebelum Safiq memberikan ucapannya kepada ribuan penyokong yang hadir.

"Jangan cakap punde* ya. Jangan cakap punde*, sampaikan ucapan tahniah," kata Tunku Ismail menurut rakaman video yang disiarkan laman Facebook Johor Southern Tigers.

"Mohon ampun Tuanku," balas Safiq lalu meneruskan ucapannya.

Namun pesanan itu tidaklah disampaikan dengan nada marah, malah disambut sorakan para hadirin.

Safiq mengeluarkan kata-kata itu selepas tamat perlawanan menentang Kedah di Stadium Shah Alam Sabtu lalu, yang mana JDT menundukkan skuad 'Lang Merah' 2-0 untuk mengakhiri kemarau panjang 26 tahun dalam Piala Malaysia.

Selain kecaman peminat, bekas pemain kebangsaan Khalid Ali turut meluahkan perasaan kesalnya dengan perlakuan Safiq, dan berkata itulah kali pertama beliau mendengar seorang pemain mengeluarkan kata-kata kesat kepada penyokong lawan sepanjang 40 tahun terlibat dalam sukan bola sepak.

Lihat Komen
ADS