Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
JDT julang Piala Malaysia, dapat RM1 juta
Diterbitkan:  Nov 9, 2017 1:58 PM
Dikemaskini: 6:06 AM

Johor meraikan kejayaan wakil negeri itu merampas Piala Malaysia - selepas kali terakhir ia dibawa ke sana 26 tahu lalu - dengan ganjaran bernilai RM1 juta buat kelab JDT.

Imbuhan itu diumum Menteri Besar Datuk Seri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Katanya keputusan berkenaan dibuat dalam mesyuarat exco kerajaan negeri di Johor Bahru semalam.

Memetik kenyaatan Khaled TV3 melaporkan insentif berkenaan diberi kepada kelab milik Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai menghargai kerja keras skuad berkenaan.

Dalam perlawanan di Stadium Shah Alam berkenaan JDT mengatasi penyandang juara Piala Malaysia, Kedah, dengan jaringan 2-0.

Aidil Zafuan mengejutkan lawan seawal minit kedua sebelum luka Kedah semakin parah dengan jaringan pemain tengah dari Argentina, Gonzalo Cabrera, di minit ke-63.

JDT meraikan kejayaan Piala Malaysia itu sebagai "bonus" kerana mereka dilaporkan tidak menyasarkan kejuaraan itu sebaliknya mengutamakan Liga Super bagi melayakkan skuad terbabit bersaing di peringkat Piala AFC.

Kedah juga sepatutnya layak menyertai Piala AFC atas kapasitinya sebagai juara Piala FA. Bagaimanapun tidak dapat dipastikan status terkini ekoran peraturan baru AFC yang mewajibkan sesebuah pasukan mendapat lesen daripada badan induk bola sepak sesebuah negara.

Setakat September lalu JDT satu-satunya pasukan yang memperoleh lesen berkenaan.

Kali terakhir Piala Malaysia dibawa ke Johor ialah pada 1991.

Khaled menyatakan keputusan memberi insentif itu selepas merasmikan sambutan Hari Deepavali peringkat Johor di Johor Bahru malam tadi.

Turut hadir Presiden MIC Datuk Seri Dr S Subramaniam yang juga anggota parlimen Segamat.

Lihat Komen
ADS