Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Ada tak kena dalam kem Arsenal
Diterbitkan:  Dec 30, 2017 5:23 PM
Dikemaskini: 9:29 AM

Thierry Henry yang dianggap sebagai ikon legenda Arsenal menegur sikap beberapa pemain kelab itu yang tidak meraikan gol penyerang mereka Alexis Sanchez.

Menurut Henry, sikap pemain The Gunners yang tidak meraikan dua gol Sanchez yang memberi kemenangan 3-2 ke atas Crystal Palace Jumaat lalu menjelaskan lagi perpecahan yang terjadi dalam pasukan itu.

"Ada perpecahan di dalam pasukan. Sanchez mengajak rakan-rakan sepasukannya meraikan gol. Kenapa mereka tak ikut serta? Adakah mereka tak mau ikut meraikan (gol itu)?

“Anda di sini bukan untuk Alexis Sanchez, anda turun padang untuk Arsenal. Arsenal yang mencetak gol. Jadi silakan raikan. Tidak kira siapa pun yang mencetak gol, sila raikan dengan rakan-rakan sepasukan," kata Henry seperti dilapor Sky Sport.

Konflik dalaman Arsenal dikatakan berpunca daripada keengganan Sanchez memperbaharui kontrak bersama pasukan itu meskipun kontraknya dijadual habis musim depan.

Perpindahan Sanchez dikaitkan dengan kelab pendahulu Liga Inggeris ketika ini, Manchester City.

Dia juga dikaitkan dengan Paris Saint-Germain apabila dikatakan berada di Paris dua hari sebelum perlawanan menentang Crystal Palace.

Penyerang sensasi 29 tahun itu hampir melengkapkan urusan perpindahan ke Manchester City dengan bayaran £60 juta (RM293 juta) sebelum ini.

Namun kegagalan Arsenal mendapatkan pemain Monaco, Thomas Lemar menyebabkan pasukan itu menarik balik tawaran memindahkan Sanchez.

Sementara itu, pengurus pasukan Arsène Wenger percaya Sanchez akan menumpukan semula khidmatnya untuk sebelum mengakhiri kontraknya.

Lihat Komen
ADS