Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Mkhitaryan, Aubameyang dan Giroud bakal bersatu?
Diterbitkan:  Jan 23, 2018 3:58 PM
Dikemaskini: 8:05 AM

EPL | Giroud disebut-sebut mungkin menjadi kunci kepada gandingan semula Henrikh Mkhitaryan dan Pierre-Emerick Aubameyang dalam salah satu kelab yang paling berdaya saing di dunia.

Selepas pemergian Alexis Sanchez, Arsenal mendapatkan penggantinya dengan membawa masuk Mkhitaryan dari Manchester United.

Pemain kelahiran Armenia itu disebut-sebut menjadi pengganti terbaik posisi yang ditinggalkan Sanchez.

Namun bergelut dengan nasib yang tidak menentuk The Gunners juga dilaporkan berminat untuk membawa seorang lagi pemain berprofil tinggi, Aubameyang.

Pemain itu ketika ini masih bersama kelab Jerman, Borrussia Dortmund, namun diyakini tidak lagi dapat bersabar untuk mencuba nasib melebarkan sayap ke saingan EPL.

Mkhitaryan dan Aubameyang pernah bermain bersama dengan Dortmund sebelum ini. Khabar dari England pula menyatakan penghijrahan Aubameyang ke Emirates memang tidak dapat dielakkan lagi dan hanya menanti pengumuan rasmi mengenainya dibuat.

Laporan Daily Mail menyebut kedatangan Aubameyang, 28, ke England hanya tersekat oleh kebimbangan Dortmund yang belum menemui penggantinya.

Bisa kaki kala jengking

Ditanya mengenai isu itu, Pengarah Kesukanan Dortmund, Michael Zorc, berkata pada tahap tertentu kelab itu tidak lagi mampu bertolak ansur dengan Aubameyang.

"Saya tak tahu apa yang ada dalam kepala dia," katanya.

Pada masa sama media di England juga menjangkakan kedatangan Aubameyang ke Emirates mungkin boleh dipermudahkan jika Arsenal mahu menyerahkan pemenang anugerah Puskas tahun lalu, Olivier Giroud.

Giroud, 31, memang pemain berbisa Arsenal namun kehadiran pemain Perancis, Alexandre Lacazette, 26, baru-baru ini menyempitkan peluang untuknya mempersembahkan aksinya secara maksimum.

Namun pada masa sama, menarik untuk melihat Mkhitaryan dan Giroud serta Aubameyang berada dalam skuad yang sama.

Untuk rekod Mkhitaryan dan Gidoud sama-sama menjaringkan gol dengan gaya tendangan kala jengking pada tahun lalu.

Sementara itu Mkhitaryan mendedahkan Thierry Henry adalah salah seorang pemain yang dikaguminya selama ini.

"Saya sentiasa tertarik benar dengan cara permainan Arsenal, serta bagaimana Arsene Wenger menguruskan pasukan itu.

"Saya meminati cara Henry bermain dan ia mungkin menjadi sebab saya menyokong Arsenal," katanya.

Lihat Komen
ADS