Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Hari Kekasih dan kematian buah hati Blade Runner
Diterbitkan:  Feb 14, 2018 6:01 PM
Dikemaskini: 10:10 AM

Jika kebanyakan orang mengenang 14 Feb setiap tahun sebagai hari kekasih, seorang ibu pula sebaliknya bersedih.

Tarikh itu - pada lima tahun lalu - melakarkan luka yang seakan tidak pernah sembuh buat June Steenkamp.

Pada 14 Feb 2013 anak perempuan June - Reeva - mati dibunuh atlet Olimpik dan Paralimpik Afrika Selatan, Oscar Pistorius.

Selepas lima tahun kata June dia tidak tahu bagaimana untuknya dapat meneruskan hidup bagi menceritakan apa yang dialami sejak kematian Reeva.

"Apabila kamu mempunyai seorang anak yang begitu rapat dan memberi sepenuh kasih sayang serta perhatian, amat sukar untuk hidup tanpa mereka.

"Ia nampak seperti sesuatu yang mustahil," katanya kepada media.

Revaa seorang model yang menjadi teman wanita Pistorius dan mereka tinggal sebumbung di Pretoria, Afrika Selatan.

Selain menjadi model Reeva, 29, juga dikenali sebagai hos TV.

Dia ditembak mati teman lelakinya ketika berlindung di dalam tandas. Pistorius yang digelar Blade Runner kerana sepasang kaki palsunya itu mendakwa dia menyangka individu yang berselindung di dalam tandas itu ialah penceroboh.

Pada 24 Nov 2017 menjatuhi hukuman penjara 13 tahun lima bukan ke atas Pistorius selepas didapati bersalah membunuh Reeva.

Semua berhak disayangi

Mahkamah Rayuan Agung kemudian menambah hukuman berkenaan menjadi 15 tahun dan Pistorius layak mendapat parol seawal 2023.

Kata June, anaknya itu berpindah dari Cape Town ke Johannesburg selepas terpilih sebagai model produk kecantikan Avon.

"Dia akan menelefon saya setiap Sabtu, manakala bapanya, Barry, akan dihubungi pada Ahad.

"Kami berbual secara berasingan dengan Reeva," katanya.


Baca: Blade Runner memang berniat bunuh kekasih


Selepas kematian Reeva, bagi June tarikh romantik 14 Feb akan sentiasa diingat sebagai detik hitam dan penuh kedukaan untuk mereka.

June masih ingat bagaimana Reeva agak tegas dengan sesiapa yang tidak disenanginya.

Malah kata June pada suatu hari Reeva memecat pembantu rumah mereka hanya tidak berpuas hati dengan susunan dalam peti sejuk.

Kata June pada hari Reeva dibunuh, anaknya itu sepatutnya memberikan ceramah di sebuah sekolah mengenai isu penderaan domestik.

"Dia bercadang mahu memberi kesedaran bagaimana remaja perempuan mesti dihormati oleh setiap lelaki dan tiada tolak ansur kepada sebarang perlakuan tidak wajar.

"Saya masih menyimpan ucapan yang sepatutnya dibaca Reeva. Antara lain ayat yang ingin disampaikannya ialah: Semua orang berhak disayangi dan hidup di tempat selamat," katanya.

Lihat Komen
ADS