Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Sukom 2018: Nafiizwan mara ke suku akhir
Diterbitkan:  Apr 6, 2018 3:10 PM
Dikemaskini: 7:23 AM

Pemain terbaik skuasy lelaki negara, Mohd Nafiizwan Adnan, secara automatik mara ke pusingan suku akhir selepas lawannya, Ryan Cuskelly dari Australia menarik diri dari permainan pusingan ketiga setelah mengalami kecederaan kaki ketika perlawanan semalam pada Sukan Komanwel 2018.

Menurut jurulatih Australia seperti yang dipetik dalam laman sesawang rasmi www.gc2018.com, Cuskelly, pemain pilihan keenam itu terpaksa menarik diri ekoran kecederaan pada otot kakinya selepas menewaskan Othniel Bailey dari St Vincent and the Grenadines, 3-0.

Pasukan penasihat perubatan menyarankan Cuskelly menarik diri daripada acara single untuk memberinya peluang mempersiapkan diri bagi acara beregu.

Cuskelly akan berpasangan dengan Cameron Pilley dalam acara beregu lelaki, yang mana mereka adalah pemain pilihan pertama, seterusnya berganding dengan Rachel Grinham bagi acara beregu campuran.

Sementara itu, pengurus pasukan Malaysia Peter Chee Nyuk Min mengesahkan Mohd Nafiizwan akan muncul dalam perlawanan suku akhir dan berhadapan saingan kuat yang juga pemain pilihan utama Nick Matthew dari England, esok.

“Saingannya (Cuskelly) telah menarik diri, jadi secara automatik Wan (Nafiizwan) mara ke pusingan seterusnya dan dijangka bertemu Nick Matthew," katanya ketika dihubungi Bernama.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS