Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Man City juara EPL
Diterbitkan:  Apr 16, 2018 1:24 AM
Dikemaskini: 5:31 PM

Kekalahan mengejutkan Manchester United di Old Trafford kepada pasukan tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL) Wes Bromwich Albion sekaligus mengesahkan kejuaraan Macnhester City bagi musim 2017/18.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Jay Rodriguez pada minit ke 73.

Manchester City berada di tangga teratas kembali mendahului dengan 16 mata selepas kalah pada Tottenham Hotspur.

Pengurus pasukan Manchester City Pep Guardiola semalam berkata dia tidak akan menyaksikan perlawanan Manchester United kerana menjangkakan pasukan itu akan menang.

Kekalahan Red Devils malam ini juga bererti pasukan itu hanya 1 mata mengatasi Liverpool dalam misi menamatkan musim sebagai naib juara.

Anak buah Jose Mourinho bagaimanapun masih ada kelebihan 1 perlawanan.

Kemenangan Manchester City menyamai pencapaian Manchester United musim 2000/01 apabila menjuarai EPL dengan jumlah perlawanan paling sedikit.

Lihat Komen
ADS