Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Rosmah saksi perlawanan akhir Badminton Celcom Axiata Malaysia
Diterbitkan:  Apr 22, 2018 8:34 PM
Dikemaskini: 12:49 PM

Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyaksikan perlawanan akhir badminton Celcom Axiata Malaysia International Challenge 2018 di Stadium Juara di Kuala Lumpur.

Rosmah, yang juga Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menyampaikan pingat serta replika cek kepada pemenang bagi setiap kategori.

Bagi kategori beregu wanita, gandingan Malaysia, Soong Fie Cho dan Tee Jing Yi menewaskan rakan senegara Chiew Sien Lim dan Sueh Jeou Tan 21-13, 21-10, manakala beregu campuran negara, Tan Jie Chen dan Yen Wei Peck menundukkan pasangan Indonesia Andika Ramadiansyah dan Mychelle Crhystine Bandaso 12-21, 23-21,21-13.

Kategori perseorangan lelaki dan wanita pula menyaksikan Malaysia kempunan muncul juara setelah pemain perseorangan lelaki negara, Tan Jia Wei tunduk kepada pemain Taiwan Hsueh Hsuan Yi 21-18, 21-19 manakala Ying Ying Lee tewas di tangan pemain China Zhiyi Wang 21-10, 22-24, 21-14.

Dalam pada itu, nasib sama menimpa beregu lelaki negara Aaron Chia dan Wooi Yik Soh yang tewas kepada gandingan Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan 21-17, 17-21,21-19.

Selain Malaysia, kejohanan yang berlangsung dari 17 April itu disertai beberapa negara kuasa badminton dunia antaranya Taiwan, China, India, Jepun dan Thailand.

- Bernama

Lihat Komen
ADS