Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Semua keputusan Kuantan FA dalam Liga Premier dibatalkan
Diterbitkan:  Apr 27, 2018 3:52 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

Lembaga Pengarah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) telah memutuskan semua keputusan perlawanan Liga Premier 2018 yang membabitkan pasukan Kuantan FA dibatalkan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Unit Media MFL hari ini, keputusan berkenaan adalah berdasarkan kepada keputusan Lembaga Pengarah MFL yang menggugurkan penyertaan Kuantan FA dalam saingan Liga Premier 2018 pada 20 April lepas.

"Ini bermakna jaringan gol, jumlah mata dan jumlah perlawanan yang telah berlangsung membabitkan Kuantan FA tidak akan dikira. Jaringan gol, jumlah mata dan jumlah perlawanan akan dikira sebagai kosong (0).

"Kuantan FA telah bermain daripada perlawanan LP1 sehingga LP7. Pasukan yang telah bertemu Kuantan FA ini adalah pasukan Sarawak, MIFA, UiTM FC, UKM FC, Felda United FC, Pulau Pinang dan PDRM," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, bagi kesalahan Organisasi Teknikal Pertandingan (OTP), perkara tatatertib termasuk pengumpulan kad kuning dan perintah keluar padang atau kad merah adalah dikekalkan dan berkuat kuasa seperti biasa.

Pasukan Kuantan FA akan dikeluarkan daripada senarai jadual perlawanan serta kedudukan liga.

Ini bermakna, hanya 11 pasukan sahaja yang akan bertanding sehingga penghujung musim 2018.

-Bernama

Lihat Komen
ADS