Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
'Lemas' dikecam, Fatin dihujani ucapan pembakar semangat
Diterbitkan:  Aug 31, 2018 5:41 PM
Dikemaskini: 9:56 AM

SUKAN ASIA 2018 | Menjadi mangsa sendaan - juga kutukan - atlet negara bagi acara papan selaju, Fatin Syahirah Roszizi, dikhabarkan 'ghaib' dari media sosial.

Semuanya gara-gara dia dikecam apabila gagal menunjukkan persembahan yang baik sekali gus memberi harapan pingat buat Malaysia.

Melalui klip video yang dikongsikan di media sosial, Fatin, 16, beberapa kali terjatuh atau gagal menyempurnakan aksi yang diharapkan.

Di sebalik kemarahan dan kekecewaan itu, muncul sokongan tidak dijangka buat atlet remaja terbabit, iaitu penggiat sukan berkenaan termasuk dari Indonesia - negara yang menjadi tuan rumah Sukan Asia kali ini.

"Jangan pedulikan apa kata orang di sana... Mereka tidak tahu apa itu ollie.

"Kita orang Indonesia ikut merasa bangga karena kita sama-sama mempunyai skater wanita pertama yang ada di ajang (pertandingan) Asian Games," kata pemilik akaun Instagram twocks8.

Dia yang dipercayai turut bergiat dalam sukan papan selaju menambah, daripada ramai atlet wanita yang menyertai pertandingan itu Fatin adalah antara yang berpotensi untuk berjaya ke peringkat lebih tinggi.

"Keep skate! No hate in skate but love. Skater adalah family.

"Di mana-mana pun, sesiapa pun, kapan (bila) pun we are skateboarder never see others as an opponent but as a friends (kita pemain papan selaju tidak pernah melihat orang lain sebagai lawan tetapi seorang rakan)," katanya lagi.

 

 

Yo @fatinsyahirahroszizi Jangan pedulikan apa kata orang disana.. Mereka tidak tahu apa itu ollie. Kita orang Indonesia ikut merasa bangga karena kita sama-sama mempunyai skater wanita pertama yang ada di ajang Asian Games. Banyak skater wanita disana, tapi kamu yang punya chance untuk maju. KEEP SKATE! NO HATE IN SKATE, BUT LOVE 🇲🇾🇮🇩🇲🇾🇮🇩🇲🇾🇮🇩🇲🇾 SKATER ADALAH FAMILY, dimana pun, siapa pun, kapan pun, we are skateboarder never see others as an opponent, but as a FRIENDS. Tidak pernah melihat orang lain sebagai lawan, tetapi kawan. #SkateboardingIsPassion IN THE NAME OF SKATE, WE UNITE 🙌🏼. . Artwork page 1 by @herzven #skateboarding #skateboard #asiangames2018 #skateboardingisfun #fightforfatin

A post shared by TWOCSKATEBOARD (@twocsk8) on

 

Dipercayai twocks8 adalah sebahagian daripada individu yang terlibat di belakang tabir skuad kebangsaan papan selaju Indonesia.

Media sosial juga dibanjiri dengan kata-kata semangat buat juara Kejohanan Sukan Ekstrem Malaysia 2017 itu.

Selain menggunakan #FightForFatin kata-kata dorongan buat atlet itu juga menggunakan tanda pagar #KeeOnSkate, #DontBully dan #StopBullying.

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak ketinggalan memberikan dorongan kepada Fatin.

Sakit di kaki siapa yang tahu

Menurut Syed Saddiq seseorang yang tidak berada di tempat peserta dalam kejohanan sebesar itu sukar memahami tekanan yang dialami.

Katanya untuk menjadi wakil negara pada usia 16 tahun bukanlah sesuatu yang mudah.

"Jika ada pihak yang patut dikritik, kritiklah kementerian dan persatuan, bukan Fatin.

"Rakyat Malaysia, kita jauh lebih baik daripada ini," katanya di Facebook.

 

 

Sementara itu ditemu bual portal berita mStar Online, Fatin berkata kegagalannya menyinar di Palembang berpunca daripada kesan kecederaan dialaminya baru-baru ini.

Kata Fatin bulan lalu dia menjalani latihan di salah satu bandar raya yang menjadi tuan rumah Sukan Asia kali ini.

"Ketika itu, saya terjatuh dan mengalami kecederaan ligamen pada buku lali kaki kiri.

"Nak jalan pun sakit, orang mana tahu...," katanya dipetik mStar Online.

Selain Fatin skuad papan selaju negara turut diwakili tiga atlet lain iaitu Yaziru Amiru Dasyir Zainordin, Ian Nuriman Amri dan Christina Lai Grace.

Pingat emas acara itu dimenangi wakil Filipina, Margielyn Didal, diikuti Kaya Isa (Jepun) di tempat kedua dan Bunga Nyima (Indonesia) yang mendapat pingat gangsa.

Lihat Komen
ADS