Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Kamu dalam perut mak lagi masa itu, budak'
Diterbitkan:  Oct 1, 2018 1:54 PM
Dikemaskini: Jul 21, 2020 9:14 AM

Nota editor: Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menafikan mesej di Twitter ini merujuk kepada Syed Saddiq Abdul Rahman.


Satu tulisan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang dipinkan di Twitter baginda hari ini hentam siapa?

Persoalan itu timbul setelah baginda dikatakan menghentam Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Orang yang pentingkan kesempurnaan. Sama ada kamu berkhayal atau taasub?

“Kamu dalam perut mak lagi masa itu, budak. Buat kajian sikit,” tulisnya.

Beliau tidak menyebut khusus pihak yang dimaksudkannya.

Bagaimanapun terdapat media seperti Free Malaysia Today yang mentafsirkannya merujuk kepada Syed Saddiq.

Menteri muda itu di Twitter beliau menyifatkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai “Tun M, the perfectionist” dan berkongsi kisah di sebalik ucapannya di Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini.

Tun M, the perfectionist 🇲🇾
My story. pic.twitter.com/a3OSobwbKV

Syed Saddiq dalam tulisan itu antaranya berkongsi ketelitian Mahathir terhadap teks ucapan dan idea yang hendak disampaikan.

Ia dibuat setelah setelah pengguna media sosial mendakwa Mahathir hanya membaca teks – yang mendapat pujian ramai – di PBB.

Dua tahun lepas, Syed Saddiq pernah menulis surat terbuka susulan keputusan istana Johor yang melarang protes jalanan di negeri itu.

Syed Saddiq yang ketika itu masih di pihak pembangkang dan pendatang baru dalam dunia politik dikritik kerana dilihat mencabar raja.

Ketegangan itu selesai setelah Sultan Johor menerima mengadap Syed Saddiq.

Lihat Komen
ADS