Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Najib tetamu istimewa pertandingan tinju di Kelantan
Diterbitkan:  Mar 7, 2019 10:06 PM
Dikemaskini: 2:06 PM

Selepas tular dengan penggunaan kata pikat “Malu apa bossku”, 'rezeki' bekas perdana menteri Najib Razak terus terbuka luas.

Kali ini beliau dilaporkan diundang kerajaan Kelantan untuk merasmikan pertandingan tinju di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Pertandingan yang dijadual berlangsung pada 29 dan 30 Mac ini dinamakan sebagai Gegar Boxing Pantai Timur Malu Aperr Bossku dan bertempat di Tapak Ekspo Pantai Irama bermula jam 9.30 malam.

Majlis penutup pula akan disempurnakan exco kerajaan negeri Wan Roslan Wan Hamat.

Sehubungan itu, peminat sukan berkenaan dialu-alukan untuk hadir ke pertandingan tersebut dengan dikenakan tiket berharga RM15 untuk orang dewasa dan kanak-kanak RM5.

Bagaimanapun bagi peminat yang membeli tiket berharga RM50 berpeluang menyertai cabutan bertuah yang antara lain menawarkan dua motosikal dan empat rantai emas sebagai hadiah menarik.

Anggota Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari, berkata kerajaan negeri tidak menghalang sebarang aktiviti sukan selagi ia dilaksanakan mengikut dasar ditetapkan.

Katanya, dalam apa sahaja program sukan peserta perlu menutup aurat.

“Berseluar hingga bawah paras lutut dan menutupi pusat.

"Ia antara syarat ditetapkan kerajaan negeri yang mesti dipatuhi penganjur dan peserta,” katanya yang dipetik harakahdaily hari ini.

Pertandingan itu dianjurkan Ikatan Big Brother Pantai Timur.

Lihat Komen
ADS