Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Jaguh bina badan syukur, tak perlu lagi tumpang rumah kawan
Diterbitkan:  Apr 18, 2019 6:49 PM
Dikemaskini: 10:49 AM

Jaguh bina badan negara Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah meluahkan rasa syukurnya selepas menerima bantuan rumah di Bukit Jalil hari ini.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Mike menyifatkan sumbangan tersebut sebagai pemangkin semangat.

“Bantuan ini memudahkan saya menyediakan diet seimbang apabila saya boleh masak sendiri, boleh berehat dengan tenang (di rumah sendiri) selepas penat buat latihan," katanya.

Residensi Jalilmas 

Beliau berkata sebelum ini terpaksa menumpang di rumah kawannya atas beberapa masalah.

Mike hari ini menerima sumbangan rumah di Residensi Jalilmas bernilai RM198,000 daripada pemaju Aset Kayamas Sdn Bhd.

Majlis serahan kunci disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad dan dihadiri Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pangsapuri 800 kaki persegi itu mempunyai tiga bilik dan dua bilik air, diubah suai serta dilengkapi sepenuhnya dengan perabot dan barang-barang elektrik bernilai kira-kira RM30,000 yang ditaja sepenuhnya oleh Aset Kayamas.

Atlet 45 tahun itu menerima sumbangan berkenaan ekoran kejayaan beliau menjadi juara dunia bina badan tiga kali berturut-turut dari 2016 hingga 2018 dan juara Asia empat kali berturut-turut pada 2015 hingga 2018.

Lihat Komen
ADS