Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan

Legenda bola sepak Brazil Pele memberi penghormatan kepada Lionel Messi selepas pemain penyerang itu menjaringkan golnya yang ke-600 untuk Barcelona semasa membantu pasukannya menewaskan Liverpool 3-0 dalam pusingan pertama perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara.

Pemain antarabangsa Argentina berusia 31 tahun itu telah mencipta sejarah dengan sepakan bebas pada jarak 30 ela, yang merupakan gol kedua beliau ketika beraksi pada Rabu di Camp Nou, ketika Barcelona dilihat semakin hampir menempah tempat di perlawanan akhir.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda, Lionel Messi, untuk gol anda yang ke-600. Hebat cara anda menjaringkannya. Sensasi," kata Pele Khamis lalu lapor agensi berita China Xinhua memetik akaun Twitter Pele.

Bintang berusia 78 tahun itu yang tiga kali menjulang Piala Dunia merupakan satu-satunya pemain dalam sejarah yang menjaringkan gol lebih banyak daripada Messi untuk sesebuah kelab, dengan sejumlah 643 gol untuk Santos dari tahun 1956 hingga 1974.

Pusingan kedua perlawanan separuh akhir antara Liverpool dan Barcelona akan berlangsung di Anfield pada Selasa depan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS