Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
Pahang selesa, Perak tipis ke separuh akhir kedua

Pahang mencerahkan peluang untuk ke separuh akhir Piala Malaysia apabila berjaya membawa pulang bekalan selesa dengan melakar kemenangan 3-0 ke atas Melaka pada aksi suku akhir pertama di Stadium Hang Jebat, Melaka, malam tadi.

Pada aksi berkenaan, Lazarus Kaimbi membuka tirai jaringan untuk skuad Tok Gajah pada minit ke-56 setelah menanduk masuk hantaran jauh Matthew Davies.

Bekas pemain skuad Bawah 23 kebangsaan, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria menambah derita pasukan Melaka selang dua minit kemudian menerusi percubaan menarik di dalam kotak penalti setelah memanfaatkan hantaran pendek Dickson Nwakaeme.

Dickson mengesahkan kemenangan untuk Pahang setelah menanduk masuk hantaran Mohamadou Sumareh pada minit ke-61.

Dalam pada itu, juara bertahan, Perak sekadar membawa bekalan tipis untuk aksi timbal balik setelah mengatasi Selangor 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, hasil percubaan menarik dari luar kotak penalti oleh pemain kebangsaan, Brendan Gan pada minit ke-13.

Pahang akan melayan kunjungan Melaka di Stadium Darul Makmur, Kuantan, manakala Selangor bakal menentang Perak pada satu lagi aksi suku akhir kedua di Stadium Shah Alam.

Kedua-dua perlawanan berkenaan bakal berlangsung pada 29 Sept ini

- Bernama

Lihat Komen
ADS