Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Veteran OCM berang dengan pelantikan RM30,000 sebulan

Kurang enam bulan selepas pelantikan Ung Su Ling sebagai ketua pegawai operasi (COO) Majlis Olimpik Malaysia (OCM), satu lagi kontroversi tercetus semasa proses pemilihan berhubung mendapatkan Michelle Chai menyertai majlis berkenaan.

Pada Ahad lalu, Chai telah diumumkan sebagai COO baru oleh presiden OCM, Norza Zakaria yang menyifatkannya sebagai calon terbaik berdasarkan perkhidmatan terdahulu dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan Persatuan Bola Sepak Emiriah Arab Bersatu.

Chai, 44, memulakan tugasnya semalam. Gajinya dikatakan berada di sekitar lingkungan RM30,000 sebulan.

Walau bagaimanapun, bekas setiausaha agung OCM Sieh Kok Chi adalah antara mereka yang mempertikaikan perkembangan dalam majlis yang turut beliau bantu membina.

"Saya tidak faham mengapa OCM membuat keputusan sebegini, terutama apabila ia melibatkan kos kewangan yang tinggi," katanya kepada Malaysiakini.

"Dahulu, kita semua adalah sukarelawan. Sekarang mereka mahu mengajikkan seseorang pada upah yang sebegitu tinggi.

“Kita tidak keberatan jika yang dilantik itu bekas atlet atau seseorang (bekas juara skuasy) seperti Nicol David dengan rekod prestasi yang terbukti. Itu adalah okay,” katanya.

Sieh, yang berkhidmat sebagai setiausaha agung OCM dari 1992 hingga 2015, berkata ramai veteran OCM tidak senanghati dengan cara pengambilan pekerja itu dijalankan.

Sumber yang rapat dengan proses pelantikan mendakwa lembaga eksekutif OCM hanya bermesyuarat selama 30 minit sebelum membuat keputusan dan menyokong pelantikan Chai, yang kemudiannya diluluskan oleh majlis OCM pada hari yang sama.

"Nama Chai tidak berada dalam kumpulan 59 calon yang memohon pada Februari lalu," kata sumber itu.

Pusingan pertama menyaksikan 59 calon disenarai pendek kepada enam calon, termasuk Ung. Ung dilaporkan sebagai calon pilihan untuk kerjaya itu tetapi akibat hubungannya dengan ahli perniagaan yang kini menjadi buruan Jho Low terdedah, dia diketepikan.

Apabila didedahkan bahawa Ung pernah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Rakyat 1Malaysia dan juga pernah bekerja dengan sebuah firma pengurusan aset di mana dia mengendalikan pelaburan untuk Low, proses pemilihan berakhir secara tiba-tiba.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS