Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Sukan
Selangor tewas kepada True Bangkok United 4-2

Pasukan True Bangkok United FC muncul juara edisi pertama Kejohanan Asia Challenge (SAC) 2020 apabila menewaskan Selangor 4-2 menerusi sepakan penalti pada perlawanan akhir kejohanan itu di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kedua-dua pasukan terikat 0-0 sehingga tamat perlawanan.

True Bangkok United FC muncul juara apabila Muhammad Zahril Azri Zabri dan Abdul Halim Saari gagal menyempurnakan sepakan penalti.

Pasukan itu membawa pulang piala dan pingat yang disampaikan oleh Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah selaku Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Dalam satu lagi perlawanan Persib Bandung menduduki tempat ketiga selepas menewaskan Hanoi FC 2-0 melalui jaringan Puja Abdillah pada minit ke-18 dan Beni Oktovianto pada minit ke-38.

-Bernama

Lihat Komen
ADS