Malaysiakini
SUKAN

48 kontak rapat Jackie Wong disahkan negatif Covid-19

Bernama

Diterbitkan

Kesemua 48 kontak rapat atlet baling tukul besi negara, Jackie Wong, yang terdiri daripada jurulatih, pegawai dan atlet disahkan negatif Covid-19.

Berita gembira itu disampaikan sendiri oleh Jackie melalui akaun Instagramnya @jackie_wongsc.

"Berita yang amat menceriakan saya. Seramai 48 pegawai, jurulatih dan atlet yang kontak rapat dengan saya sebelum ini, telah disahkan negatif Covid-19.

"Dengan ini, saya boleh sahkan bahawa saya telah dijangkiti Covid-19 selepas saya balik ke kampung (11 Mac) manakala ayah saya disyaki ketika menaiki kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Sibu bersama dengan peserta perhimpunan tabligh pada 2 Mac," katanya dalam entri Instagram beliau.

Pemenang pingat perak Sukan SEA Filipina 2019 itu menjadi atlet pertama negara disahkan positif Covid-19 dan kini dikuarantin di Hospital Sibu, Sarawak.

Sebelum ini, kesemua kontak rapat Jackie menjalani kuarantin di Majlis Sukan Negara (MSN) selama seminggu sebelum dibenarkan pulang ke rumah masing-masing bagi meneruskan Perintah Kawalan Pergerakan selepas MSN ditutup kepada orang ramai sehingga 31 Mac ini.

-Bernama

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.