Ronaldinho disahkan positif Covid-19
Diterbitkan: Oct 26, 2020 11:32 AM
Bintang bola sepak Brazil Ronaldinho pada Ahad mengesahkannya dijangkiti Covid-19, lapor Agensi Anadolu.
"Saya menjalani ujian saringan dan didapati positif Covid-19. Saya baik-baik saja, tanpa gejala, tetapi mesti meninggalkan acara. Tidak lama lagi kita akan berjumpa semula," kata Ronaldinho di Instagram.
Ronaldinho akan menjalani kuarantin kendiri di Belo Horizonte, ibu kota Minas Gerais di tenggara Brazil.
Beliau sudah menjaringkan 33 gol dalam 97 perlawanan untuk negaranya antara 1999 dan 2013.
Pemain berusia 40 tahun itu pernah dianugerahkan Ballon D'or pada 2005.
Beliau bersara daripada bola sepak profesional pada 2018.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.