Maradona selamat disemadi di Buenos Aires
Diterbitkan: Nov 27, 2020 11:21 AM
Mendiang Diego Maradona selamat disemadikan di tanah perkuburan di kawasan perumahan Bella Vista berhampiran Buenos Aires, lapor agensi berita Sputnik, memetik penyiar TN.
Tanah perkuburan ini dipilih kerana ibu bapa Maradona dikebumikan di sana.
Penyerang ikonik itu meninggal dunia pada Rabu pada usia 60 tahun akibat serangan jantung.
Dua minggu sebelum kematiannya, Maradona dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani pembedahan di bahagian otaknya.
Berlaku pergaduhan dan rusuhan di Buenos Aires pada Khamis ketika majlis perpisahan berlangsung. Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan manakala ramai orang awam, wartawan dan jurukamera RT, mengalami kecederaan.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.