Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
NGO kecam komen lucah, seksis terhadap Farah Ann
Diterbitkan:  Jul 27, 2021 10:09 AM
Dikemaskini: 2:18 AM

Sayap Pemuda Persekutuan Persatuan-Persatuan Kesihatan Reproduktif Malaysia (FRHAM, mengecam kenyataan seksis terhadap atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi.

Ini selepas banyak komen lucah dibuat terhadap atlet wanita berkenaan ketika bertanding di temasya suka Olimpik Tokyo 2020.

“Ini menuntut pertimbangan segera mengenai pendidikan dan kesedaran mengenai isu-isu yang berkaitan dengan ketidaksetaraan gender, penganiayaan, eksploitasi dan gangguan terhadap wanita di Malaysia.

"Tidak ada wanita yang harus dihina dan ditekan seperti apa yang dilakukan oleh pengguna dalam talian dan dilakukan terhadap Farah Ann.

"Dia kibarkan bendera kita Malaysia di platform antarabangsa. Sepatutnya kita berada di belakangnya untuk memberikan sokongan agar membawa pulang pingat Olimpik berharga yang sudah lama kita idamkan,”kata NGO itu.

Sehubungan itu, NGO berkenaan menggesa pembuat dasar di kalangan ahli politik dan pemimpin agama mengutuk perbuatan tidak menghormati wanita.

Farah Ann mendapat pujian setelah layak ke Olimpik buat kali pertama dan menjadi atlet gimnastik ketiga yang berbuat demikian.

Pada Ahad lalu, Farah terlepas peluang beraksi dalam acara all-around akhir selepas menamatkan saingan di kedudukan ke-68 daripada 85 peserta pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Walaupun tidak berjaya merebut tempat 24 teratas untuk melangkah ke pusingan seterusnya, banyak komen di dalam talian memuji prestasi atlet itu dalam temasya berprestij itu.

Namun, ada juga pengguna media sosial membuat komen seksual dan lucah berhubung pakaian atlet Olimpik berusia 27 tahun itu.

Pada tahun 2015, ketika Farah Ann memenangi pingat emas Sukan SEA Singapura, dia turut menerima kecaman akibat pemakaian tersebut.

Menteri belia dan sukan ketika itu, Khairy Jamaluddin mempertahankan hak atlet untuk memakai pakaian pilihan mereka.

Sebaliknya, dia golongan lelaki supaya menundukkan pandangan jika tidak dapat mengawal nasfu ketika menonton acara sukan.

Lihat Komen
ADS