Saya cadangkan agar kerajaan pertimbangkan pemberian ganjaran yang sewajarnya kepada jaguh kita Saudara Ziyad.

Ini kerana kesilapannya tidak hadir ke bilik lapor diri pada waktu yang ditetapkan adalah kesilapan pegawai pengiring dan bukan atlet.

Janganlah sampai Ziyad jadi mangsa pada kesilapan pegawai.

Ini sukan nombor satu dunia dan bukan sukan sekolah yg membolehkan buat panggilan pertama, kedua dan akhir. Peraturan tetap peraturan.

Persatuan Paraolimpik Malaysia perlu ambil tindakan pada pegawai pengiring yang leka itu.

Ziyad telah melakukan yang terbaik untuk negara.

Lagi pun pencapaiannya telah patuh pada segala peraturan sukan.

Kegagalannya adalah pada kesilapan teknikal di luar temasya.

Jadi saya masih berpendapat kerajaan sepatutnya beri ganjaran kepadanya walaupun tidak setahap pingat emas.

Biarlah ganjaran itu menjadi tanda menghormati pencapaian serta tanda motivasi kepada beliau.

Ia juga boleh dianggap sebagai satu penghargaan daripada rakyat Malaysia.

Saya sangat-sangat berharap PM dan menteri belia dan sukan akan melihat pada saranan saya ini untuk kelulusan.

Apa kata anda?


Manickam Letchuman ialah Adun Jeram Padang.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.