Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Sukan
TMJ kirim McD, MB Kedah tetap pilih cekodok
Diterbitkan:  Nov 16, 2021 1:40 PM
Dikemaskini: 6:00 AM

Selepas Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengirim buah tangan berupa bunga, belon dan makanan segera McDonald's kepada Muhammad Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah itu bagaimanapun tetap memilih ‘coqkodok’ (cekodok) pisang dan bilis.

"Coqkodok pisang dan coqbilih kucai tetap menjadi pilihan walaupun ada setambun McD di depan.

"Selera bahan tempatan yang segar tak mungkin dapat direntap burger dan ayam daging hidangan mat saleh hidung merah berkasut besar," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Hantaran ringkas itu dibuat selepas dia menerima kiriman dengan ingatan tulus ikhlas daripada Tunku Ismail selepas mereka saling 'membidas' berhubung perkembangan pasukan bola sepak menjelang perlawanan suku akhir Piala Malaysia 2022 antara pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FA, baru-baru ini.

Semalam Malaysiakini melaporkan, Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) itu memaklumkan berkenaan kiriman bunga dan set makanan segera yang diterimanya daripada pemilik JDT itu di Facebook.

Terdahulu, Tunku Ismail melalui laman Instagram turut memuat naik gambar kirimannya kepada Sanusi.

"Tak diet? Satu cara untuk memastikan badut gembira," tulis Tunku Ismail di samping memuat naik gambar Sanusi menerima kirimannya.

Lihat Komen
ADS