Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Kontinjen negara mampu bangkit di Sukan SEA 2023 - MSN

Majlis Sukan Negara (MSN) optimis kontinjen negara mampu meraih pencapaian lebih baik pada temasya Sukan SEA 2023 di Phnom Penh, Kemboja berbanding edisi di Hanoi, Vietnam, Mei lepas.

Timbalan Ketua Pengarah MSN (Strategik) Suhardi Alias berkata kontinjen negara telah membuat persediaan awal termasuk melaksanakan pemilihan atlet pada Mac 2020 bagi mengharungi temasya dwitahunan dijadual berlangsung 5 hingga 17 Mei 2023.

“Kita dah sedia dari awal, enam bulan dari sekarang bukan tempoh panjang namun kami yakin para atlet mampu menghasilkan sesuatu yang membanggakan negara (pada Sukan SEA 2023),” katanya kepada pemberita selepas Perhimpunan Atlet Fasa 1 Sukan SEA Kemboja 2023 di Kuala Lumpur hari ini.

Bagaimanapun, Suhardi menjangkakan sasaran pingat hanya dapat diumumkan sebulan sebelum edisi ke-32 itu bermula.

Pada edisi ke-31 di Hanoi, Malaysia berjaya mengatasi sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa dengan merangkul 39-45-90 pingat, sekali gus meraih tempat keenam keseluruhan.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS