Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
80 pasukan sertai Bola Sepak Piala Datuk Chu Ah Nge di RSC
Diterbitkan:  Dec 1, 2022 7:35 PM
Dikemaskini: 11:35 AM

Sebanyak 80 pasukan dari enam negara akan bersaing pada Kejohanan Bola Sepak Antarabangsa Junior Datuk Chu Ah Nge di Kelab Diraja Selangor (RSC) di Bukit Kiara, pada Sabtu dan Ahad ini.

Pada kejohanan edisi ke-16 ini, menyaksikan penyertaan 56 pasukan tempatan, Singapura (9), Vietnam (5), Maldives (4), Indonesia (4) dan dua pasukan dari Thailand dalam kategori iaitu bawah lapan, 10, 12, 14 dan bawah 16 tahun.

Pengerusi penganjur kejohanan, Gerald Rakish Kumar, berkata pertandingan itu, yang juga dikenali sebagai 2022 Datuk Chu International, adalah untuk menyediakan persekitaran yang kompetitif untuk pasukan pelbagai peringkat umur di bawah Program Pembangunan RSC.

“Objektif utama adalah untuk memupuk persahabatan melalui semangat kompetitif dalam kalangan kelab dan akademi bola sepak tempatan dan negara-negara jiran yang memberi penekanan kepada pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS