Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Tiket kurang kerana konsert Jay Chou: Isu masih dalam perbincangan
Diterbitkan:  Jan 5, 2023 4:16 PM
Dikemaskini: 8:38 AM

Isu pengurangan jualan tiket  Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 dalam persaingan separuh akhir melibatkan pasukan negara Sabtu ini masih dalam perbincangan.

Menjelang perlawanan lagi dua hari, Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh bagaimanapun tidak memberikan jawapan pasti bila ia dijangka selesai.

“Saya telah diberi taklimat mengenai masalah yang kita hadapi pada hari Sabtu ini dan saya dah bincang dengan perbadanan stadium dan kita sekarang masih dalam proses perbincangan.

“Itu saja yang saya boleh cakap setakat ini,” katanya dalam sidang media di Institut Sukan Negara, Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengesahkan hanya 59,000 daripada 80,000 tiket dijual gara-gara pemasangan struktur pentas konsert artis Taiwan Jay Chou pada 15 Januari.

Ini bermaksud lebih 20,000 tiket tidak dapat dijual, ketika terdapat permintaan tinggi susulan kejayaan Malaysia melangkah ke peringkat separuh akhir.

Malah, dalam perlawanan terakhir melawan Singapura, Malaysia menunjukkan prestasi membanggakan dengan bangkit daripada kekalahan kontroversi dengan Vietnam dengan membelasah lawan 4-1.

Malaysia akan bertemu Thailand di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 7 Januari ini.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon

Ketika bertemu Singapura, seramai 65,147 orang hadir.

Sementara itu, akaun media sosial Jay Chou diserang oleh rakyat Malaysia dengan menegaskan tujuan stadium bola sepak dibina bukan untuk acara nyanyian.

Malaysia memerlukan kemenangan Selesa di Bukit Jalil sebelum bertandang ke gelanggang lawan di Bangkok, Selasa depan. 

Kali terakhir Malaysia membawa pulang Piala AFF pada 2010. 

Lihat Komen
ADS