Wimbledon tarik balik larangan pada pemain Rusia, Belarus
Diterbitkan: Apr 1, 2023 11:33 AM
Pemain tenis Rusia dan Belarus akan dibenarkan beraksi di Kejohanan Wimbledon sebagai atlet "berkecuali", lapor Xinhua.
“Hasrat kami untuk menerima penyertaan pemain Rusia dan Belarus tetapi mereka perlu bermain sebagai atlet neutral dan mematuhi semua syarat yang ditetapkan,” menurut kenyataan Kelab All England pada hari ini.
Bagaimanapun pemain yang mendapat pembiayaan Rusia atau Belarus, atau ditaja syarikat yang dikendalikan atau dikawal negara terbabit masih tidak dibenarkan menyertai kejohanan berkenaan.
"Jika berlaku perubahan...kami akan mempertimbangkan semula dan mengambil langkah yang sewajarnya," kata Pengerusi Kelab All England, Ian Hewitt.
- Bernama Xinhua
/file/1187/923ae564da5415dcf205c09acede1ca4.jpeg)
