Paris Saint-Germain menggantung Lionel Messi selama dua minggu tanpa bayaran kerana melakukan perjalanan tanpa kebenaran ke Arab Saudi, media Perancis mengesahkan Selasa.

Superstar Argentina itu tidak akan dapat bermain atau berlatih, dan tidak akan dibayar sepanjang penggantungan, lapor Agensi Anadolu memetik akhbar L'Equipe.

Messi akan terlepas perlawanan Ligue 1 menentang Troyes pada 7 Mei dan satu perlawanan menentang Ajaccio pada 13 Mei.

Pemain berusia 35 tahun itu menjaringkan 20 gol dan membantu 19 gol dalam 37 perlawanan musim ini.

Messi membimbing Argentina merangkul kejuaraan Piala Dunia 2022 dengan menewaskan juara 2018 Perancis 4-2 menerusi penentuan penalti di Qatar.

- Bernama-Anadolu