Hasrat Malayan Tigress buat kejutan tak kesampaian
Hasrat skuad bola sepak wanita negara mencipta kejutan ke atas Myanmar dalam Kumpulan A acara bola sepak wanita Sukan SEA 2023 tidak kesampaian.
Ini selepas tewas kepada Myanmar dalam aksi Kumpulan A di Stadium RCAF, Phnom Penh, sebentar tadi.
Ini sekali gus menamatkan kempen Kumpulan A Sukan SEA 2023.
Pada aksi separuh masa pertama, Myanmar membuka jaringan menerusi penyerang July Kyaw pada minit ketiga perlawanan.
Gawang skuad bola sepak wanita yang dikawal Ezza Ashikin Abdul Razak terus dibolosi lagi sebanyak dua kali oleh kapten The Asian Lionesses.
Khin Marlar Tun membuat jaringan kedua dan ketiga pada minit ke-26 dan ke-39.
Dengan keputusan 3-0 separuh masa pertama, Malayan Tigress cuba bangkit pada separuh masa kedua dengan Intan Sarah menyumbangkan satu gol pada minit ke-58.
Bagaimanapun, kegembiraan skuad wanita negara itu tidak lama apabila The Asian Lionesses kembali bangkit menjaringkan gol seterusnya menerusi San Thaw Thaw pada minit ke-62.
Tidak berakhir dengan jaringan ke 4, Thaw sekali lagi menyumbangkan satu gol pada minit ke 82.
Jaringan Thaw itu sekali gus memastikan slot separuh akhir berada dalam genggaman dengan The Asian Lionesses meraih kemenangan 5-1 pada akhir perlawanan.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2023/05/21b25f8fa23add20ff531ca319af70fd.jpg)
