Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia
Diterbitkan:  Sep 26, 2023 1:11 AM
Dikemaskini: 5:11 PM

Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, di Ipoh malam tadi.

Keputusan malam tadi membolehkan Skuad The Bos Gaurus mengatasi Sabah dengan agregat 3-2 selepas mencatat keputusan seri 2-2 pada suku akhir pertama, 15 Sept lepas.

Kedua-dua pasukan dilihat bersemangat untuk menghadirkan jaringan dengan melancarkan serangan bertubi-tubi kepada gawang pasukan lawan namun dinafikan ketangkasan penjaga gawang masing-masing sebaik perlawanan bermula.

Namun ketika perlawanan tiba di penghujung babak pertama, Wan Zack Haikal berjaya menceriakan penyokong tuan rumah apabila menjaringkan gol tunggal pada minit ke-45.

Bersambung babak kedua skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee mengubah taktikal mereka namun gagal memanfaatkan beberapa peluang keemasan pada minit akhir perlawanan.

Kedudukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan dan Perak layak ke separuh akhir Piala Malaysia serta bakal bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT) FC.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS