Harimau Malaya kini lebih yakin lepas ikat Syria
Harimau Malaya kini lebih yakin untuk melangkah masuk ke gelanggang Piala Asia minggu depan susulan keputusan seri 2-2 dengan Syria awal pagi tadi, kata ketua jurulatihnya.
Kim Pan Gon berkata dia gembira dengan kejayaan pasukan kebangsaan mengikat pasukan di ranking ke-91, yang jauh lebih tinggi berbanding Malaysia di tangga ke-130 dunia.
“Ia bukan perlawanan yang mudah tetapi saya gembira. Di saat-saat akhir kira jaringkan gol lagi untuk seri dengan keputusan 2-2.
“Jadi saya hari hari ini pemain kita patut lebih yakin apabila berdepan Jordan nanti untuk perlawanan pertama,” katanya.
Dalam perlawanan pada 1.30 pagi tadi, Harimau Malaya mengikat Syria 2-2 dalam aksi persahabatan tertutup menjelang kempen Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Malaysia bermula garang apabila mendahului 1-0 menerusi jaringan Arif Aiman Mohd Hanapi pada minit ke-39 dan kedudukan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Di babak kedua, Syria bangkit mengatur serangan demi serangan sehingga berjaya meraih dua gol menerusi Pablo Sabbag pada minit ke-70 dan Ibrahim Hesar empat minit kemudian.
Skuad kemudian bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-78.
Malaysia yang menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit akan memulakan kempen Kumpulan E menentang Jordan pada 15 Jan, diikuti Bahrain (20 Jan) dan juara dua kali Korea Selatan pada 25 Jan.
Pan Gon juga mendedahkan dia mencuba pelbagai jenis perancangan dalam perlawanan tersebut.
"Banyak rancangan yang kami tukar dan selepas minit ke-65 kami tukar semuanya,” katanya.
Dalam video yang dimuat naik di Facebook FAM, Pan Gon juga berkata dia berpuas hati terhadap prestasi pasukan bimbingannya.
"Hampir sebulan tanpa perlawanan, hanya sesi latihan, tapi ia bagus.
“Jadi saya rasa hari ini pemain kita patut lebih yakin apabila berdepan Jordan nanti untuk perlawanan pertama,” katanya.
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2024/01/74b94d427b2047e978730f92e76017a5.jpg)
