Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Sukan
Hanya 12,000 beli tiket Malaysia lawan Taiwan malam ini
Diterbitkan:  Jun 11, 2024 5:26 PM
Dikemaskini: 9:39 AM

Hanya 12,254 tiket perlawanan kelayakan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 antara Malaysia dan Taiwan terjual setakat jam lima petang ini.

Angka kemas kini itu diumumkan di laman Facebook Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sebentar tadi, kira-kira empat jam sebelum perlawanan berlangsung.

Penyokong menunjukkan sokongan hambar ketika Malaysia memerlukan kemenangan besar bagi melayakkan diri ke peringkat seterusnya.

Stadium Nasional Bukit Jalil mempunyai kapasiti 80,000 orang.

Pengendali Harimau Malaya Kim Pan-gon sebelum ini mengharapkan sorakan penuh 'pemain ke-12' dalam perlawanan terakhir kumpulan D.

Pasukan negara, yang beraksi tanpa ramai tonggak utama susulan kecederaan, kini menghuni tempat ketiga kumpulan dengan tujuh mata, tiga mata di belakang Kyrgyzstan yang mempunyai kelebihan gol.

Oman di tempat pertama kumpulan dengan 12 mata, telah mengesahkan tempat ke Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Dunia 2026.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS