Bekas ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon dispekulasikan akan kembali ke tanah airnya bagi memimpin pasukan handalan Korea Selatan Ulsan HD.
Memetik sumber, spekulasi itu dibuat oleh portal sukan negara itu Xsports News hari ini, hari yang sama dengan pengumuman peletakan jawatan Pan Gon.
Pan Gon sendiri hari ini hanya berkata peletakan jawatan itu dibuat kerana “komitmen peribadi”, tanpa mengulas lanjut.
Ulsan HD yang sebelum ini dikenali sebagai Ulsan Hyundai kini berada di kedudukan kedua dalam liga bola sepak utama Korea Selatan serta kedudukan keenam Asia.
Pan Gon dikatakan aman menggantikan Hong Myung-bo yang baru saja ‘dinaikkan’ pangkat sebagai ketua jurulatih kebangsan Korea Selatan menggantikan Jurgen Klinsmann selepas prestasi buruk dalam Piala Asia.
Menariknya, Pan Gon sendiri pernah beraksi sebagai pemain Ulsan pada 90-an, yang ketika itu dikenali sebagai Ulsan Hyundai Horang-i.
Malah, Ulsan adalah kelab pertamanya dalam kerjaya senior.
