Paling Popular
Terkini
mk-logo
Sukan
TMJ - Tanya Pan Gon apa maksud dia ‘dangerous’
Diterbitkan:  Jul 17, 2024 8:08 AM
Dikemaskini: 3:17 AM

Pemangku Sultan Johor yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu bekas jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon supaya berterus-terang mengenai punca utama dia meninggalkan skuad bola sepak negara.

Baginda yang juga adalah Tunku Mahkota Johor, berkata, jurulatih yang berasal dari Korea Selatan itu sepatutnya menjawab soalan wartawan secara khusus dan bukannya membuat kenyataan umum seperti “bahaya,” yang mengundang pelbagai persepsi orang ramai.

“Apa susah. Pergi tanya dia beramai ramai apa yang dia maksudkan “dangerous”. Penyokong, Ahli politik dan pihak media. Tanya dia apa maksud dia “dangerous.” Be more specific. Takut kena tembak? takut kena kidnapped? Kena sepak? Be direct! @RimauXI

“Awak dulu pernah datang rumah saya, ada kena belasah? Bawa carta berkenaan konspirasi dalam FAM. Tapi bila saya minta bukti, awak bagitau ini semua teori sahaja. Jadi ini semua lagi satu created konspirasi teori,” katanya menerusi satu komen di aplikasi X akaun @RimauXI.

Semalam, pada sidang media khas di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Pan Gon cuba merahsiakan perkara sebenar di sebalik keputusannya melepaskan jawatan sebagai pengendali skuad Harimau Malaya.

Menurutnya, dia tidak boleh berkongsi perkara sebenar kerana ia dianggap 'bahaya' dan ini hanya diketahui oleh Presiden FAM, Hamidin Mohd Amin.

Dalam satu hantaran bberasingan, Tunku Ismail berkata, Pan Gon mungkin meninggalkan skuad kebangsaan itu kerana mendapat tawaran yang lebih baik.

“Mungkin dapat tawaran yang lebih menarik. Kalau betul ke Ulsan, saya ucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas sumbangan anda,” katanya menerusi komen di satu hantaran yang memaparkan keratan akhbar menunjukkan Pan Gon telah dilantik sebagai pengurus baharu di kelab Ulsan HD.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS