AmanahRaya Trustees: Membina Keyakinan, Memacu Legasi, Menggerak Impak Lestari
Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat Pemegang Amanah 1949, AmanahRaya Trustees Berhad (ART) merupakan anak syarikat milik Amanah Raya Berhad, sebuah syarikat milik penuh kerajaan Malaysia di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD), Kementerian Kewangan Malaysia sejak tahun 2007. Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), ART memainkan peranan penting sebagai pemegang amanah korporat untuk Skim Pelaburan Kolektif (CIS), Bon Korporat/Sukuk, dan Skim Persaraan Swasta (PRS).
Dengan pengalaman lebih lima dekad, ART kini menguruskan lebih RM350 bilion aset di bawah amanah dan kustodian, manakala baki jumlah tersebut mewakili nilai mandat yang diperoleh daripada Bon/Sukuk korporat, menjadikannya pemegang amanah korporat dikenali di Malaysia. ART juga mentadbir lebih daripada 250 skim pelaburan kolektif bersama syarikat pengurusan dana terkemuka di Malaysia. Kedudukan ini mengukuhkan reputasi ART sebagai institusi yang dipercayai dan berpengaruh dalam industri kewangan negara.
Membina Keyakinan
Keyakinan pelanggan adalah teras kejayaan ART. Melalui tadbir urus yang mantap, pematuhan penuh kepada garis panduan SC, serta amalan terbaik industri, ART mengekalkan rekod prestasi yang konsisten. Reputasi ini membolehkan ART menjadi pilihan utama pengurus dana, institusi kewangan dan pelabur yang mengutamakan ketelusan serta profesionalisme.
Memacu Legasi
ART telah membina legasi sebagai rakan amanah yang menyokong pelbagai struktur pelaburan termasuk REITs, sukuk, bon korporat, perakaunan dana dan perkhidmatan kustodian global Peranan ini memastikan ART bukan sahaja menjaga kepentingan pelabur, tetapi juga memacu pembangunan pasaran modal dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Perkhidmatan Peramanahan untuk Semua Pemain Industri di Malaysia
Dalam landskap kewangan moden, perkhidmatan peramanahan semakin mendapat perhatian kerana peranannya yang kritikal dalam memastikan keselamatan, ketelusan dan pematuhan undang-undang terhadap pelbagai instrumen pelaburan. Di Malaysia, ART tampil sebagai peneraju dalam bidang ini dengan pengalaman lebih lima dekad dengan rekod prestasi yang memberangsangkan.
Hari ini, ART diamanahkan untuk memegang lebih daripada RM350 bilion dalam aset amanah dan jagaan korporat, tidak termasuk nilai mandat bagi Bon/Sukuk korporat, yang merangkumi sektor-sektor ekonomi utama termasuk kewangan, pembangunan hartanah, infrastruktur dan pasaran modal. Kedudukan ini bukan sahaja meletakkan ART sebagai pemegang amanah korporat dikenali di negara ini, malah memperkukuhkan keyakinan pengurus dana, institusi kewangan dan pelabur terhadap kredibiliti syarikat.
Perkhidmatan peramanahan ART merentasi pelbagai lapisan industri. Ia meliputi skim pelaburan kolektif (CIS), skim persaraan swasta (PRS), amanah pelaburan hartanah (REITs), bon korporat dan sukuk, perakaunan dana, serta perkhidmatan kustodian global termasuk bagi pasaran global. ART juga menyediakan penyelesaian amanah yang fleksibel untuk memenuhi keperluan unik pelanggan daripada pengurusan aset berskala sederhana hinggalah kepada struktur pelaburan yang kompleks.
Kekuatan utama ART terletak pada kepercayaan pelanggan, tadbir urus korporat yang mantap dan inovasi berterusan yang menjadi teras kepada setiap perkhidmatan. ART sentiasa berpegang kepada prinsip ketelusan, integriti, dan kecekapan menjadikan syarikat bukan sekadar penjaga aset, tetapi rakan strategik yang menyokong pertumbuhan pasaran modal dan pembangunan ekonomi negara.
Dengan rangkaian pelanggan yang merangkumi syarikat pengurusan dana terkemuka, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), institusi kewangan, serta agensi kerajaan dan swasta, ART terus memperkukuhkan peranannya sebagai pemangkin utama industri peramanahan di Malaysia.

Memacu Kelestarian Bersama AmanahRaya Trustees
Dalam landskap korporat masa kini, kejayaan sesebuah organisasi tidak hanya bergantung kepada pencapaian kewangan semata-mata. Keupayaan untuk memacu kelestarian, menjaga kepentingan masyarakat dan memelihara alam sekitar kini menjadi ukuran penting kepada reputasi dan kredibiliti sesebuah institusi. ART, sebagai pemegang amanah korporat dikenali di Malaysia, terus menunjukkan komitmennya dalam mendukung agenda Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
Sebagai sebahagian daripada usaha tersebut, ART telah menganjurkan program CSR REDANG 2.0: Love & Care di Pantai Teluk Dalam, Pulau Redang. Program ini memberi tumpuan kepada dua aspek utama iaitu kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan komuniti setempat. Antara aktiviti yang dijalankan termasuk pembersihan pantai, pemasangan papan tanda penjagaan alam sekitar, pengagihan tong sampah kepada peniaga tempatan dan sumbangan zakat kepada lebih 100 individu kurang berkemampuan. Melalui pendekatan ini, ART bukan sahaja memelihara ekosistem semula jadi, malah menyantuni masyarakat dengan menyalurkan manfaat secara terus kepada golongan memerlukan.
ART percaya bahawa inisiatif CSR dan ESG bukanlah sekadar tanggungjawab sampingan, tetapi merupakan pelaburan strategik jangka panjang yang memperkukuh kedudukan syarikat sebagai rakan amanah yang dipercayai. Dengan pengalaman lebih lima dekad, ART bertekad untuk terus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, dan kelestarian alam sekitar, sekaligus menjadikan nilai amanah yang dijaga bukan sahaja memberi pulangan kepada pelabur, tetapi juga manfaat kepada generasi masa hadapan.

Masa Depan: Era Digital & Keterangkuman
Perkembangan teknologi digital dan permintaan terhadap keterangkuman kewangan telah mengubah landskap industri kewangan global. Di Malaysia, perubahan ini semakin ketara apabila pelabur, institusi kewangan dan pengurus dana menuntut perkhidmatan yang lebih telus, cekap dan mesra pengguna. ART melihat transformasi ini sebagai peluang untuk terus mengekalkan relevansi dan memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju perkhidmatan peramanahan korporat.
Digitalisasi bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan. ART sedang melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk memperkukuh sistem perkhidmatan kustodian, mengembangkan potensi Digital Asset Custodian (DAC) dan mengintegrasikan teknologi bagi meningkatkan kecekapan operasi, keselamatan data, juga ketelusan pelaporan. Pendekatan ini memastikan ART bukan sahaja bersedia untuk menyokong pelaburan tradisional, malah mampu mengurus aset digital yang semakin berkembang.
Dalam masa yang sama, ART komited untuk membina masa depan yang inklusif. Perkhidmatan yang ditawarkan dirangka agar dapat memenuhi keperluan pelbagai pihak – daripada pengurus dana tempatan dan antarabangsa, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), institusi kewangan Islam, hinggalah badan kebajikan termasuk agensi kerajaan dan swasta. ART percaya bahawa inklusiviti adalah kunci untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dan pasaran modal yang mampan, adil dan menyeluruh.
Dengan gabungan kepakaran lebih lima dekad, tadbir urus yang mantap, dan inovasi digital, ART yakin bahawa masa depan industri peramanahan akan lebih berdaya saing, inklusif dan mampu memberi nilai tambah bukan sahaja kepada pelabur, tetapi juga kepada komuniti dan negara.
Berminat untuk mendapatkan kenyataan akhbar, wawancara eksklusif atau artikel kandungan berjenama anda di Malaysiakini? Untuk maklumat lanjut, hubungi advertise@malaysiakini.com atau advertise@fgmedia.my
/file/publisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97/2025/10/46f031017677742b9c0a5b29bc4309cc.png)
