Ng dakwa Shukor bohong isu tanah untuk Umno

ADUN DAP Ng Suee Lim mendakwa wakil rakyat pembangkang Abdul Shukor Idrus berbohong dalam penjelasannya kepada DUN berhubung penggunaan tanah yang diperolehi individu tertentu bawah harga pasaran ketika BN mentadbir Selangor.

NONEADUN Sekinchan itu mendakwa, ada di antara tanah yang diperolehi itu digunakan untuk tujuan komersial ataupun dijual.

"Tanah berkenaan (dibangunkan) secara usaha sama dan ada yang sudah membina kedai, kondominium dan hartanah lain," dakwanya dalam satu sidang media di bangunan DUN Selangor hari ini.

Ng mendakwa, tiada dewan mahupun taman asuhan kanak-kanak yang dibina di atas tanah berkenaan.

"Ini bermakna ADUN Kuang membuat satu pembohongan besar," dakwa Ng.

Ng sebelum ini mendakwa 24 keping tanah dengan jumlah keluasan 33.5 ekar atau 1,459,260 kaki persegi dijual kepada parti komponen BN dengan harga RM1 sekaki persegi.

Bagaimanapun, Shukor yang merupakan ketua penerangan Umno Selangor berkata tanah berkenaan hanya digunakan untuk kegunaan masyarakat seperti untuk pembinaan dewan serbaguna.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.