Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Musa Hitam: Tiga cara untuk singkirkan Najib
Diterbitkan:  Aug 11, 2016 5:07 PM
Dikemaskini: 10:45 AM

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam percaya terdapat tiga cara bagi rakyat negara ini boleh menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

"Pertama, adalah menerusi Umno, yang hampir mustahil," tulis Musa dalam buku terbarunya bertajuk 'Frankly Speaking'.

Menurut penganalisis politik, kedudukan Najib dalam Umno adalah selamat selepas menyingkirkan penentangnya seperti bekas timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau dijangka akan kekal sebagai pemimpin parti itu sehingga survival politiknya sendiri terancam.

Kaedah kedua, untuk menyingkirkan Najib, kata Musa adalah melalui campur tangan asing.

"Ini nampaknya jalan yang dipilih oleh ‘pergerakan’ itu (Selamatkan Malaysia).

"Pilihan ini mempunyai kemungkinan, walaupun agak pencil."

Bagaimanapun tidak jelas ‘pergerakan’ yang dirujuk oleh Musa itu, tetapi Mahathir sebelum ini dipetik oleh akhbar The Australian sebagai berkata bahawa Malaysia kini terpaksa "membenarkan campur tangan asing dalam hal ehwal tempatan" kerana semua saluran di negara ini telah ditutup.

Mahathir bagaimanapun menafikan bahawa beliau menggesa negara lain supaya campur tangan untuk menggulingkan Najib.

Bagi pilihan ketiga, Musa berkata adalah membiarkan rakyat membuat keputusan sendiri sama ada mereka mahu Najib berundur, melalui pilihan raya umum akan datang.

Najib kini di bawah tekanan hebat supaya meninggalkan pejabat perdana menteri berikutan dirinya terpalit dengan pelbagai skandal.

Terbaru, Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika memfailkan saman sivil dan mendakwa dana bernilai lebih AS$ 3.5 bilion diselewengkan daripada 1MDB.

Ia juga dinamakan "Malaysian Official 1" mendapat manfaat daripada firma itu, dan pembangkang menuding jari kepada perdana menteri.

Najib menafikan bahawa beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi dan mendakwa komplot itu didalangi oleh mereka yang ingin menggulingkannya.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali juga telah membersihkan Najib daripada sebarang salah laku.

Musa juga dalam bukunya mendedahkan apabila isu 1MDB pertama muncul, beliau adalah antara mereka yang secara terbuka menggesa perdana menteri supaya mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.

"Kira-kira seminggu selepas itu, dalam perbualan telefon, Najib secara lawak memberitahu, 'Saya masih belum bercuti'," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS