Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Pengumuman
Ekosistem Bangunan Pintar (13/13): Tingkatkan Produktiviti dengan Sistem Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec
Diterbitkan:  Sep 14, 2022 2:55 PM
Dikemaskini: 7:41 AM

"Dua tahun lalu pengurus penjualan saya pernah berkongsi kisah ini. Ketika beliau berjumpa dengan pemilik perniagaan syarikat pengurusan hartanah di Johor untuk mempromosikan Sistem Komuniti Pintar iNeighbour untuk hartanah kediaman, dia secara ringkasnya telah juga memperkenalkan sistem kehadiran masa berasaskan teknologi cloud kami yang boleh digunakan untuk memantau kakitangan yang sering bekerja di lapangan. Pemilik perniagaan tersebut memberitahu beliau, 'Sudah bertahun-tahun kami menghadapi masalah menguruskan kehadiran tukang cuci dan pekerja lapangan, dan sistem beginilah yang kami mahukan secepat mungkin. iNeighbour memang menarik, tetapi boleh datang kemudian.' Dan beliau berkeras untuk menerapkannya pada minggu berikutnya, beberapa hari sebelum Tahun Baru Cina. 

"Dan dua bulan kemudiannya, dia dengan senang hati memberitahu kami yang dua pegawainya berhenti. Kami bertanya mengapa. Menurut beliau sistem kami telah mendedahkan sikap mereka yang tidak berdisiplin dengan masa, dan mereka tiada jalan untuk menutupi perbuatan mereka lagi. " Teh Hon Seng, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TimeTec menceritakan bagaimana Sistem Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec dapat membantu menguruskan kakitangan, terutama di dalam industri pengurusan hartanah.

"Untuk menyelenggara bangunan, syarikat pengurusan fasiliti perlu mengambil pekerja yang cekap untuk menyediakan perkhidmatan termasuk pengurusan fasiliti bersepadu, perkhidmatan layanan dan pembersihan, operasi dan penyelenggaraan fasiliti, bahkan menjalankan audit fasiliti; oleh itu sistem pengurusan tenaga kerja adalah penting. "

"Beberapa syarikat pengurusan hartanah atau kemudahan fasiliti telah berlanggan dengan Sistem Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec untuk menguruskan kakitangan lapangan mereka yang dihantar ke bangunan yang berlainan di bawah portfolio mereka untuk tugas harian. Butiran kehadiran pekerja yang dirakam samada dengan peranti biometrik yang akan menolak data ke pelayan, atau dengan menggunakan sistem kehadiran di telefon pintar yang merakam lokasi GPS, dan di dalam masa nyata dapat membuktikan kepada Badan Pengurusan Bersama dan dalam masa yang sama memberitahu penyelia atau pengurus hartanah. "

“Ada masanya, syarikat pengurusan hartanah memerlukan sistem pengurusan tenaga kerja yang meliputi kawalan akses dengan menggunakan telefon pintar. Sebagai contoh, tukang cuci boleh membuka kunci pintar untuk mengakses bilik fasiliti untuk  kerja-kerja pembersihan."

Sistem Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec menawarkan sistem masa dan kehadiran, pengurusan cuti dan pengurusan tuntutan, dan untuk kakitangan lapangan, melapor kehadiran melalui GPS dari satu tempat ke tempat lain mengotomasi proses tuntutan perjalanan dengan jujur.

Pengurusan hartanah adalah salah satu industri yang sesuai untuk menggunakan Sistem Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec bagi menguruskan kakitangan atau kakitangan kontrak mereka. Sebenarnya, kami mempunyai pelanggan dari pelbagai industri seperti pembinaan, logistik, pembuatan, peruncit, restoran, sektor kerajaan, minyak & gas, dll. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Sistem Pengurusan Tenaga Kerja TimeTec dan Ekosistem Bangunan Pintar TimeTec, sila hubungi Puan Tamy Phoon, AVP, Penjualan dan Pemasaran di [email protected] (012-2901019) atau Encik Aiden Teh di [email protected]  (010-2211150), Talian Am dan emel: 03-80709933 dan [email protected]

Ini adalah pengumuman terakhir untuk Siri Ekosistem Bangunan Pintar TimeTec. Klik di sini untuk siri 12 dari 13 Ekosistem Bangunan Digital TimeTec: https://www.malaysiakini.com/announcement/634947   

Versi English: https://www.malaysiakini.com/announcement/634946  

Mengenai Kumpulan TimeTec

Kumpulan TimeTec telah ditubuhkan pada tahun 2000. Dengan R&D in-house yang kuat dalam pembangunan perisian dan perkakasan, TimeTec telah memfailkan lebih daripada 20 paten di AS dan Malaysia; dan membangunkan penyelesaian HRTech terkini untuk pengurusan tenaga kerja dan penyelesaian PropTech untuk kediaman pintar, bangunan digital, rumah/pejabat pintar, tempat letak kereta pintar dan perbandaran pintar, melancarkan kuasa biometrik, pengkomputeran awan & edge, IoT dan Teknologi AI untuk membina ekosistem awan yang unik. Semua penyelesaian ini menghubungkan dan mengubah landskap kehidupan kerja dan kehidupan rumah dalam perspektif digital yang lebih besar melalui aplikasi super yang disatukan.

Usaha pemasaran Kumpulan TimeTec telah berjaya menghasilkan tiga jenama IT tempatan yang diiktiraf di peringkat global, FingerTec, TimeTec dan iNeighbour. Melalui rangkaian yang luas, Kumpulan TimeTec menyalurkan produk peranti biometrik dan 18 aplikasi cloud, termasuk peralatan IoT, ke lebih 150 negara di seluruh dunia. Lawati laman web Kumpulan TimeTec di www.timeteccloud.com.

Syarikat-syarikat terkenal telah melanggan pelbagai penyelesaian TimeTec termasuk IOI Properties, Putrajaya Holdings, Ibraco, Binastra, Thriven, Hock Seng Lee, QSR Brands, Central Sugars Refinery CSR, Sunway Constructions, Mamee, Yakult, Nano Malaysia Berhad, Kossan, Zalora, Focus Point, Yee Lee Group, dan banyak lagi. Fleksibiliti dan kebolehsaknaan produk TimeTec juga menarik pelbagai pelanggan antarabangsa dari seluruh dunia termasuk dari Hong Kong, AS, UK, Arab Saudi, Dubai, Australia, Qatar, Afrika Selatan dan lain-lain.


Kandungan ini disediakan oleh TimeTec.

Berminat untuk menyiarkan pengumuman anda di Malaysiakini? Hubungi kami di [email protected] atau WhatsApp di talian +60 17-323 0707 untuk sebarang pertanyaan.

ADS