Tiada perbincangan terbuka untuk memastikan rakyat keluar mengundi. Yang ada hanya perbincangan tentang agihan kerusi, bendera apa dan nak ‘tag team’ dengan siapa. 

ULASAN | Rakyat malas keluar mengundi dan ego pemimpin

Mahdzir Ibrahim

Sebermulanya naratif ‘rakyat sudah muak dengan politik’ dan ‘rakyat malas keluar mengundi’ daripada PRN Sabah lagi, pada 26 September 2020. Suara ini kedengaran kerana rakyat dipaksa keluar mengundi ketika kesulitan hidup di tengah-tengah keganasan pandemik Covid-19. 

Benar sekali jangkaan itu apabila peratusan keluar mengundi hanya 66.51 peratus, jauh tersasar daripada sasaran SPR iaitu 75 peratus. Selain itu, kesan kesan daripada PRN Sabah ini, ombak jangkitan Covid-19 melimpah ke seluruh negara. Bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan yang amat ketat yang menyukarkan semua rakyat.

Kehidupan rakyat yang terkesan dari PRN yang tak diundang ini, menjadikan rakyat mula membenci ‘politik’ dan naratif ‘rakyat sudah muak’ dan ‘rakyat malas keluar mengundi’ semakin bergema.

Dalam keadaan kita sedang bergerak melalui proses pemulihan ekonomi dan hidup, berlaku pula PRN Melaka pada 20 November 2021. Rakyat yang masih lelah dengan PKP dan drama politik Sabah, kembali dihantui dengan drama politik Melaka pula.

Maka, naratif ‘rakyat sudah muak’ dan ‘rakyat malas mengundi’ menjadi semakin keras bunyinya kali ini. Hasilnya juga jelas iaitu peratusan keluar mengundi rendah iaitu 66.85 peratus dan keputusan pilihanraya 2018 pun berubah. Yang tak berubah, ego pemimpin politik. Maka undi kembali menjadi milik Umno-BN.

Kini, naratif tersebut sekali lagi bergema apabila negeri Johor pula tak semena-mena membubarkan DUN untuk membuka laluan berlakunya PRN Johor 2022 kali ketiga dalam penggal ini. PRN ke-3 ini tidak termasuk PRN Sarawak yang memang wajib diadakan.

Jika PRN Sabah dan PRN Melaka (yang disengajakan) menjadi indikator, bermakna naratif ‘rakyat sudah malas mengundi’ ini akan menjadi suatu realiti yang akan merosakkan semua sistem demokrasi secara keseluruhannya. 

Bukan maksud saya ia akan merosakkan harapan parti-parti yang bertanding – bukan, tetapi merosakkan semua – sistem. Semua bermakna keseluruhan sistem demokrasi yang kita amalkan ini, akan pincang. 

Sistem pilihan raya hanya akan berfungsi apabila ada pengundi dan pengundi keluar membuang undi.

Jika pilihan raya dimanipulasi

Sistem ini akan menjadi lebih bermakna atau berkesan apabila lebih ramai rakyat keluar mengundi. Ini prinsipnya. 

Tetapi jika sistem pilihan raya ini dimanipulasi agar peratusan keluar mengundi rendah, maka ini adalah bertentangan dengan fungsi dan semangat demokrasi dan pilihan raya itu sendiri. 

Inilah yang saya maksudkan dengan – kerosakan kepada asas sistem demokrasi. Ini kesan suatu persepsi yang mana semua pemimpin politik tidak ambil peduli.

Ini bukan soal pembangkang berpecah atau pembangkang tak guna satu logo, bukan. Ini soal semua parti politik sudah tidak peduli pada prinsip asas dan hak-hak demokrasi rakyat dalam pilihan raya.

Tidak ada perbincangan antara mana-mana parti politik mengenai masalah persepsi ‘rakyat sudah mudak dengan politik’ dan ‘rakyat sudah malas keluar mengundi’. 

Tidak ada perbincangan terbuka bagaimana pemimpin dan parti politik mahu mencari jalan memastikan rakyat perlu keluar mengundi – demi negara.

Yang ada hanya perbincangan tentang agihan kerusi, bendera apa dan nak ‘tag team’ dengan siapa. Kerja hakiki politik dan demokrasi terbengkalai. 

Tanpa jumlah pengundi yang ramai keluar mengundi, semua parti politik tidak akan mendapat jawapan yang jelas siapa pilihan rakyat kerana jika peratusan keluar mengundi rendah, bermakna mereka yang keluar mengundi itu adalah ahli atau penyokong tegar parti politik, bukan rakyat biasa.

Dalam sifir ini, parti mana yang punya ramai ahli, dialah yang akan menang. Sedangkan kita tahu, belum tentu mereka menang jika semua pemilih keluar membuang undi.

Kita hanya akan menerima dan redha apa jua keputusan yang terhasil, kemudian kita kata ‘rakyat telah bersuara’. Suara apa? Siapa?

Kita sedang bekerjsama untuk menyokong ilusi dan ego masing-masing. 

Hari ini musuh kita bukan hanya parti Umno yang korup, tetapi musuh kita adalah kedegilan kita sendiri yang tidak mahu meletakkan kepentingan negara dan demokrasi mendahului kepentingan parti politik.

PRN Johor adalah ujian untuk kita melihat kesanggupan pemimpin dan parti mana yang bersungguh-sungguh mahu meletakkan kuasa rakyat ditangan rakyat dengan menggerakkan usaha agar rakyat keluar mengundi beramai-ramai. 

MAHDZIR IBRAHIM, seorang pelukis yang berada dalam labirin politik.

Tulisan ini tidak semestinya mencerminkan pendirian Malaysiakini.

高教部 - 赞助

高教部:探讨赞助大专生获扣税可行性

(布城14日马新社讯)

高等教育部将与财政部深入探讨,向以各种形式包括现金、物资或需求相关服务赞助大专生的捐助者提供税务回扣或减免的可行性,以鼓励公司、业界及个人合作。

高等教育部将与财政部深入探讨,向以各种形式包括现金、物资或需求相关服务赞助大专生的捐助者提供税务回扣或减免的可行性,以鼓励公司、业界及个人合作。

“除了食物成本之外,该计划也考量更广泛的大专生生活成本范畴,包括教学需求(上网配套及设备)、住宿、交通及学费。”

 

高教部长诺莱妮表示,高教部也将重新检讨大专院校的“校园工作计划”(Job on Campus)薪金,以符合2022年最低薪金制。

她今日发文告说,大专院校受促增加上述计划的参与人数,以便更多学生尤其是有需要的群体,可获得帮助及受益。