Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Ketika seorang penulis ingin mengupas satu isu Islam, tidak lama dulu, Farish A Noor dan saya dihubungi melalui e-mel. Dia ingin bertanya beberapa hal agar menjadi lebih jelas. Berhati-hati sekali penulis bukan Islam itu cuba 'mencampuri urusan' yang dianggap berhubungan dengan orang Islam.

Walaupun kami tidak berdiskusi lanjut, tetapi Farish dan saya sepakat bahawa bukan Islam harus lebih yakin, berani dan aktif mengupas isu-isu orang Islam dalam konteks demokrasi. Sikap yang terlalu berhati-hati (psikologi) dianggap tidak sihat, pada hemat saya, walau sikap teliti dalam mengkaji, berfikir dan berhujah itu dalam semua bidang (bukan hanya agama) sentiasa mustahak.

Masyarakat bukan Islam ada 'suara' dan 'hak' dalam kehidupan bersama dengan orang Islam. Interaksi ini sama sahaja seperti berjual beli di pasar atau minum di restoran, kenapa pula harus dipisah-pisahkan antara Islam atau bukan Islam? Bezanya, sesuatu tulisan atau pandangan itu bersifat komunikasi akliah dan ideologi, bukan hanya interaksi antara peribadi atau fizikal.

Tidak ada salahnya orang bukan Islam mengupas atau menunjukkan sikapnya dalam urusan kehidupan orang Islam. Soal kejahilan atau salah faham mereka terhadap Islam tidak timbul. Yang penting dia menyatakan pandangannya dengan rasional dan matang, maksudnya bukan dengan sengaja bertujuan menghina atau memprovokasi ketegangan (fizik).

Saya sebut 'ketegangan fizik' (keganasan) di sini kerana alasan 'menyinggung perasaan' atau 'menghina' itu sangat cair, nisbi dan subjektif. Alasan-alasan ini mudah pula diperalatkan untuk kepentingan politik pihak-pihak tertentu. Tetapi ketegangan fizik itu, apa pun alasannya, tidak boleh dipersetujui sama sekali.

Saya sudah lupa jawapan tepat kami berdua kepada teman itu tetapi kira-kira begitulah sikap Farish dan saya. Pendirian yang sama kami kongsi dalam persoalan masyarakat Islam sendiri, yakni tanggapan popular bahawa, kononnya, seseorang 'bukan ulama' itu tidak layak mengupas isu-isu agama.

Unlocking Article
Unlocking Article
ADS